Program Cohort 2 NADI X Kidventure 2025
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2025, Sabtu jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi telah berlangsung Program Cohort 2 NADI X Kidventure 2025, seorang pelajar yang berminat telah mendaftarkan diri untuk program tersebut. Program Cohort 2 akan berlangsung sepanjang bulan Mei hingga Jun 2025. Pelajar dikehendaki hadir ke NADI mengikut jadual yang telah dikeluarkan dengan pemantauan petugas NADI.
Melalui webinar sesi pertama ini, pelajar mengikuti modul pelan perniagaan pertama saya yang diajar oleh Puan Izzah Azura Hamzah yang melibatkan negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Melaka. Pengajar membimbing pelajar cara untuk memulakan perniagaan dan mereka perlu membuat pelan menggunakan canva sebagai tugasan pertama.
Program ini adalah bagi Pencarian Ikon Usahawan Cilik NADI 2025, dan pelajar yang terlibat dapat mengasah bakat perniagaan dan mencurah idea perniagaan untuk terpilih pada sesi akhir bagi yang berkelayakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: